Ramadhan bakal berlalu pergi..
ada insan yang gembira..
ada yang bersedih..
gembira kerana berjaya melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan..
bersedih kerana bakal merindui Ramadhan yg akn berlalu pergi..
bersedih kerana befikir adakah kita akan menjumpai lagi Ramadhan pada tahun hadapan..
ataupun Allah menarik nyawa kita sebelum berjumpa dengannya..



Mari lah kita cerminkan diri kita..
adakah cukup segala amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini..
adakah segala amalan kita di terima Allah..
adakah di berkati segala amalan yang kita lakukan..
adakah kita mendapat ganjaran seperti yang dijanjikan-Nya..

Amalan yg kita lakukan bkn pada Ramadhan sahaja..
tetapi pada bulan lain juga..
semoga kita beristiqamah dan terus lakukan amal ibadah..

Nukilan ini bukan pada anda sahaja..
bukan pada aku seorang sahaja..
tetapi pada kita semua..

Aku pasti akan merinduimu Ramadhan..
Selamat datang Syawal..

"Ya Allah, semoga Engkau jangan jadikan Ramadhan aku ini sebagai Ramadhan terakhir dalam hidupku"
"Ya Allah, semoga Engkau berkatilah Ramadhan ku ini"

Selamat tinggal Ramadhan, selamat datang Syawal